it's a small, temporary world
November and Zulhijjah are here. Diam tak diam 5 Zulhijjah berlalu semalam. I turned 34 as of Hijrah calendar. Tua dah. Middle aged! Aku pun tak sedar till tadi. What did i achieve semalam? Nothing much. Malam pergi watch Tower Heist (not so islamic,heh? :p); starring Ben Stiller, Tea Leoni, Eddie Murphy, Casey Affleck, Gabourey Sidibe, Alan Alda and many more exciting cast. What can i say? I totally enjoyed the movie-the chemistry among the cast was amazing, First time i found Stiller not annoying and Alda totally annoying. Bernard Madoff the wall street crook must've been like this in real life! Eddie Murphy was brilliant as the crook with the foul mouth, unlike his not-really-funny roles/ acting in Pluto Nash or any Nutty Professor. Tea Leoni..where do i start? I wish the girl would act more cos she's just so cool and good and damn cool! And watching Casey and his slurs and mumbles made me miss Ben a bit but Casey's definitely more interesting ;)
Anyhow let me share a bit on Zulhijjah. Sempat lagi puasa sunat before Aidiladha.
Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Zulhijjah yang disunatkan kepada orang-orang yang tidak melakukan ibadat haji. Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
(Hadits riwayat Muslim)
Manakala bagi orang-orang yang melakukan ibadat haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ummu Al-Fadhl binte Al-Harits berkata:
Maksudnya: "Bahawa beberapa orang di sisinya di hari Arafah membicarakan puasa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam (di hari Arafah). Sebahagian mereka ada yang mengatakan bahawa Baginda berpuasa dan sebahagian mereka ada yang mengatakan bahawa Baginda tidak berpuasa. Maka aku hantar kepada Baginda segelas susu yang pada ketika itu Baginda berada di atas untanya, lalu Baginda meminumnya."
(Hadits riwayat Muslim)
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari Arafah berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar."
(Hadits riwayat Tirmidzi)
Dalam hadits yang lain yang diriwayatkan daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada setengah isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari ‘Asyura’ dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya."
(Hadits riwayat An-Nasa’i)
- taken fromhttp://www.brunet.bn/gov/mufti/ic3_1999.htm
Dan di bulan mulia ini juga terjadi episod lost and found. Yesterday i discovered a new colleague was actually my junior in school. Yg best tu she knew i am here before i realized her existence. I spoke to her this morning. Let's hope for the best. And tadi, i just discovered another colleague yg dah years kenal rupanya sekampung dgn my dad in Alor Star. I mean really, really sekampung yang tahap tau lokasi koordinat rumah and knew the same people! How awesome is that? Subhanallah. All in all, it is just a small world. Yg tak best, my grandma and most of my uncles/ aunts are gone, tanah pun dah dijual. Makes me miss Alor Star more. :(
Labels: friends, isian jiwa, islam is my way of life, movies


5 Comments:
arent ur mom from penang? and i br tau ur dad is from alor setar. hehehehe...ni kira darah pekat org utara la ni...hahaha....
my dad fr kedah too..Anak Kulim..Serdang..masa dok UUM slalu pi visit depa..bnyk gak relatives kt Penang..Gelugor..Balik pulau..lama x pi sana noo..Entah2 kita ada bau2 bacang kot..hihi..Bestnya dpt puasa..Yana nak jugak..tp x dpt..breastfeed..assignment bnyk..letih..even dok umh..tp rasa masa utk duduk n lepak2 adalah amat terhad..kalau blh kira jauh perjalanan kesana kemari..dlm 5 km kot berjalan dlm umh sendiri..
Selamat Ulangtahun to you..K.Kay..bukanke 33 tahun..kita 32..knpa akak 34?confuse kejap..
lin,
mak from penang but dad's clan n roots n segala heritage all pure kedah. it goes back a long way to byk sites n people in history kedah tu. rumah nenek aku yg terkilan tu sbb betul2 in heart of alor star. masa kecik i can walk to wayang cathay, pekan rabu n hankyu jaya dulu. but being m'sian, of course bapakku would drive!
yana,
ye ke? ingat awak pure johor!
family mak in sg pinang, georgetown. takpe if bkn bau2 bacang, ttp sedara seagama :P
kita puasa ni saja nk buat pahala sikit. besides ni baru sihat sikit after days n weeks batuk teruk + gastrik.
kalau ikut calendar islam, umur kita dah tambah a yr cos each yr there will gaps of 10-12 days between calendar biasa n calendar hijrah. cuba kira. nanti if we reach our 60s, it will lapse 2 years pulak. terima ajelah kita mmg dah tua!
that means aku tersgt la tua huhu.. tidakkk...! - MFA
mfa,
to those yg fret about getting older, don't worry. NO ONE gets any younger. yg penting ada good health and how well you spend the years. I'm sure we had lots of fun when we were younger and even now, our lives are pretty well. alhamdulillah :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
Links to this post:
Create a Link
<< Home